Showing posts with label NUTRITIONAL SUPPLEMENTS. Show all posts
Showing posts with label NUTRITIONAL SUPPLEMENTS. Show all posts

Friday, 14 June 2013

Product RDA ialah supplement untuk membantu perkembangan otak. Untuk ibu bapa atau anda sendiri yg risau tentang prestasi pembelajaran, kini RDA mampu membantu anda untuk aktif dan cergas. Otak tidak akan mudah penat dan mengantuk. Maklumat... diterima dengan cepat ke saraf otak dan diterjemahkan dengan baik. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur kerana ia dlm bentuk tablets diminum 2 tablets bersama breakfast & 2 tablets bersama makan mlm....disyorkan untuk pelajar yg bakal menduduki peperiksaan. Anda sekeluarga boleh mengamalkannya setiap pagi supaya tubuh kita mendapatkan 25 vitamin & mineral setiap hari. Sesuai untuk anak2 berusia 11 tahun ke atas!!!. Sesuai juga untuk mereka yang MULTI TASKING dalam pekerjaan!.


  • Ditanggung HALAL
  • Membantu Menstabilkan EMOSI
  • Membantu meningkatkan KOSENTRASI dan FOKUS pada pelajaran
  • Membantu MENINGKATKAN MEMORI dan HAFALAN
  • Membantu meningkatkan KEYAKINAN DIRI dan KREATIVITI
  • Membantu meningkatkan KEBOLEHAN MENGATASI TEKANAN
  • Membantu Mengatasi masalah dari CEPAT MENGANTUK dan HILANG FOKUS ketika mengulang kaji pelajaran
  • Membantu GOLONGAN DEWASA yang ingin MENGUATKAN INGATAN
  • Membantu MENGURANGKAN TEKANAN dan MENYEGARKAN FIKIRAN
  • Sesuai DIAMALKAN oleh KANAK-KANAK dan juga DEWASA terutamanya PELAJAR-PELAJAR yang akan MENGHADAPI PEPERIKSAAN
  • Harga Mampu Milik.. 120 tablet.. 2-4 biji sehari kadar pengambilan


Thursday, 9 May 2013

ALPHA LIPID COLOSTRUM (60 CAPSULES)

Penggunaan : 2 kapsul setiap hari (semasa perut kosong atau sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan)
Kandungan : 455mg Bonive Colostrum yang membekalkan 91mg Immunoglobulins

KHASIAT

> Meningkatkan imuniti semulajadi
> Membantu sistem imun untuk berfungsi dengan betul
> Membantu menyembuhkan usus dan melindungi usus daripada penyakit
> Meningkatkan jisim otot tanpa lemak
> Meningkatkan pembakaran lemak
> Memperbaiki tekstur kulit dan keanjalan
> Mengurangkan gejala penuaan
> Menguatkan tulang dan meningkatkan pertumbuhan sihat

Friday, 3 May 2013

OMEGA CoQ10


OMEGA CoQ10

Jika produk Alpha Lipid SD 2 dapat membantu anda dalam proses diet dan perlangsingan badan, New Image juga mempunyai produk makanan tambahan (nutritional supplements) yang dikenali sebagai Omega CoQ10 yang berkhasiat untuk menambahkan kekuatan jantung anda.

Berikut merupakan informasi berguna untuk anda mengenai produk Omega CoQ10.

APA ITU CoQ10

Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Para saintis mendapati jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Tidak ada satu degupan pun boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga.

Menjana tenaga yang banyak tidak menjadi masalah semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10. Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Akibatnya, kita akan berasa letih dan tidak bermaya.

KEBAIKAN CoQ10 UNTUK KESIHATAN JANTUNG 

Banyak penyelidikan telah dilakukan terhadap CoQ10 tetapi hasil yang paling menarik ialah yang dicapai dalam bidang kardiologi.Pada tahun 1972, Dr. Karl Folkers (dikenali sebagai ‘Bapa CoQ10′ kerana kajian mendalam beliau mengenai CoQ10) dan Dr. Gian Paolo Littarru membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung seringkali adalah mereka yang juga kekurangan CoQ10.

Paras kekurangan CoQ10 telah pun dimantapkan dengan amat jelas dalam kes-kes kegagalan jantung kongestif dan kardiomayopati (otot jantung yang berpenyakit) yang merupakan penyakit yang melibatkan otot jantung itu sendiri.Apabila otot jantung lemah, ia tidak dapat mengepam semua darah yang diterima daripada badan. Juga, apabila otot jantung itu lemah, ia memerlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat mencipta tenaga.

Salah satu nutrien yang paling penting ialah CoQ10. Dengan mengambil suplemen CoQ10, maka otot jantung yang lemah itu dengan mudahnya dapat menambah semula simpanan CoQ10-nya. Ini membolehkan otot jantung menjana lebih banyak tenaga dengan itu memperbaiki keadaannya yang lemah itu.

RAWATAN BERKESAN

Koenzim CoQ10 merupakan suatu rawatan yang berkesan bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, menurut satu ujian klinikal yang diterbitkan dalam majalah Southern Medical Journal (2001; 94:112-7).

Mengikut kata Dr. Peter H Langsjoen, M.D., F.A.C.C. (doktor, ahli biokimia dan penyelidik), “Dari pengalaman klinikal saya, kekurangan CoQ10 adalah penyebab kepada kekakuan otot jantung, yang akan menyebabkan badan bertindak balas dengan adrenalin. Dan seterusnya akan menyebabkan tekanan darah tinggi”.

Terdapat beberapa penyelidikan berkaitan CoQ10 dan semuanya menunjukkan peningkatan fungsi otot jantung dan lama kelamaan menurunkan tekanan darah.

Manfaat daripada CoQ10 untuk jantung kini merupakan suatu fakta yang telah pun diterima ramai di kalangan para doktor pada hari ini. Banyak kajian menunjukkan kebaikan yang konsisten dalam kefungsian jantung di kalangan para pesakit yang mengambil CoQ10. Adalah penting kita menyedari bahawa CoQ10 itu digunakan untuk menyokong rawatan-rawatan tradisi dan bukan sebagai penggantinya.

ANTARA KHASIAT LAIN CoQ10

1) Selain menambah kesihatan jantung, Co-Q10 juga baik untuk pesakit-pesakit yang telah menderita pelbagai penyakit jantung.

2) Kajian juga menunjukkan Co-Q10 bagus untuk mereka yang menghidapi migrain.

3) Membantu pesakit kanser daripada kesan sampingan semasa dan selepas rawatan kanser.

4) Mengelakkan dan mengurangkan pendarahan gusi.

5) Memberi kesan anti-penuaan.

6) Mengurangkan kesan radiasi.

7) Merawat penyakit Parkinson

ALPHA LIPID COLOSTRUM (60 TABLETS)


Penggunaan : 2 tablet setiap hari (semasa perut kosong atau sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan)
Kandungan : 500mg Bonive Colostrum yang membekalkan 125mg Immunoglobulins

KHASIAT

> Meningkatkan imuniti semulajadi
> Membantu sistem imun untuk berfungsi dengan betul
> Membantu menyembuhkan usus dan melindungi usus daripada penyakit
> Meningkatkan jisim otot tanpa lemak
> Meningkatkan pembakaran lemak
> Memperbaiki tekstur kulit dan keanjalan
> Mengurangkan gejala penuaan
> Menguatkan tulang dan meningkatkan pertumbuhan sihat
> Perasa vanila yang mudah dikunyah bagi mereka yang tidak gemar jenis kapsul