Showing posts with label KNOWLEDGE SHARING. Show all posts
Showing posts with label KNOWLEDGE SHARING. Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

OVERWEIGHT POPULATIONS IN SOUTHEAST ASIA



Malaysia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk obes atau gemuk di Asia Tenggara, menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun 2011. 

Di peringkat Asia, Malaysia berada di kedudukan keenam di belakang Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait dan Jordan, yang merupakan negara-negara Asia Barat. 

"Arab Saudi berada di tempat pertama dengan 35.6 peratus diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (33.7 peratus), Bahrain (28.9 peratus), Kuwait (28.8 peratus) dan Jordan (19.5 peratus). 

"Hanya Malaysia negara dari Asia Tenggara yang berada di tempat keenam bagi seluruh Asia," 

Sementara itu, WHO turut menyenaraikan 10 'negara paling gemuk' di dunia. Negara-negara tersebut ialah Samoa iaitu 93.5 peratus daripada rakyatnya obes diikuti Kiribati (81.5 peratus), Amerika Syarikat (66.7 peratus), Jerman (66.5 peratus) dan Mesir (66 peratus). Lima lagi negara ialah Bosnia-Herzegovina (62.9 peratus), New Zealand (62.7 peratus), Israel (61.9 peratus), Croatia (61.4 peratus) dan United Kingdom (61 peratus).


Masih mahu menjadi sebahagian daripada statistik ini?

jom UBAH sekarang! bersama ALPHA LIPID SLIM DIET II anda boleh berjaya diet secara sihat dan dijamin berkesan!

Berminat nak tahu detail/oder boleh PM/INBOX Alpha Lipid SDII & Lifeline

Tuesday, 25 June 2013

Alpha Lipid Lifeline - MELAMBATKAN PENUAAN & "BREAKFAST DRINK FOR SMART PEOPLE"


Alpha Lipid Lifeline - MELAMBATKAN PENUAAN
Alpha Lipid Lifeline - "BREAKFAST DRINK FOR SMART PEOPLE"

Kolostrum dan Anti Penuaan

Penuaan melembabkan kita. Ia mempengaruhi kesihatan kita, rupa fizikal kita dan kualiti kehidupan secara keseluruhannya. Penyelidikan terperinci menunjukkan kolostrum adalah unik kerana ia hanya membekalkan hormon-hormon anti penuaan di dalam keseimbangan yang sempurna, seperti yang dikhendaki oleh alam. Itulah sebabnya tiada kesan-kesan sampingan pengambilan kolostrum walaupun pada dos yang lebih tinggi.

Saya ingin mewar-warkan juga bahawa Alpha Lipid Lifeline adalah "Breakfast Drink for Smart People - Sarapan Pagi untuk Orang Bijak"

Kenapa? --Kita mahu orang ramai mengamalkan Alpha Lipid Lifeline sebagai sarapan pagi yang paling berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan mereka. Amalkan minumAlpha Lipid Lifeline di awal pagi waktu perut kosong, selepas tu baru ambil makanan/sarapan lain yang biasa anda makan spt nasi lemak, roti canai,teh tarik dan sebagainya.

Kenapa ambil waktu Pagi? --Biasanya di awal pagi perut masih kosong. Jika anda ambil Alpha Lipid yg penuh khasiatnya, maka penyerapan zat-zat akan sempurna. Tambahan pula jika ambil di awal pagi ia memudahkan anda ingat setiap pagi minumAlpha Lipid Lifeline. Selain itu, apabila anda keluar rumah untuk bekerja, bermakna anda "memagarkan/membenteng" diri anda dari ancaman virus/bakteria/kulat (patogen) yang sentiasa menyerang badan manusia setiap hari.

Friday, 21 June 2013

PENGAMBILAN ALSDII KETIKA BERPUASA



Bila berpuasa sebenarnya tiada isu untuk mengatakan anda tidak boleh berdiet dengan Alpha Lipid SDII. Ini adalah peluang terbaik kepada kaki makan untuk mengawal keinginan makan anda yang sangat hebat itu. Disamping itu, yang wanita nak kelihatan ramping dengan kebaya, manakala yang lelaki nak kelihatan bergaya dengan baju melayu bersampin.

Jadikan cabaran dalam bulan Ramadhan ini untuk memperbaiki tahap kesihatan anda disamping mendapat hasil dari fizikal yang diidamkan. Bersama-sama Alpha Lipid SDII impian itu bukan sekadar mimpi indah. Anda mampu membuat rakan-rakan anda terpegun dengan penampilan baru anda. InsyaALLAH.... Anda buat... anda dapat.

Ramai yg tanya saya bagaimana nak minum Alpha Lipid SDII SEMASA BERPUASA?

Ini jawapannya....

1) Masa sahur: 300ml air + 3 scoops ALSDII
2) Masa berbuka: 300ml air + 3 scoops ALSDII
3) Sebelum tidur: 250ml air + 2 scoops ALSDII

Pastikan cukup 8 scoops ALSDII sehari.
Banyakkan minum air kosong di waktu malam.

Thursday, 20 June 2013

PENURUNAN BERAT BADAN : KENAPA DIET LEBIH PENTING DARIPADA SENAMAN?


Mana lebih penting bagi penurunan berat badan? Diet atau Senaman. Realitinya, individu yang ingin menurunkan berat badan akan memfokuskan usaha mereka, dan persoalan di atas akan muncul. Jadi, diet atau senaman? Kebanyakan kajian dan pemerhatian, bukti menunjukkan hanya dengan perubahan diet akan menurunkan berat badan lebih banyak berbanding dengan bersenam. Bagi beberapa individu merasakan ianya logik dan sebahagian mungkin terkejut dengan kenyataan di atas. Ramai percaya bersenam akan lebih berkesan, dan mereka berusaha ke arah itu. Walaubagaimanapun, tanpa perubahan diet, kebanyakan individu akan bersusah payah untuk menurunkan berat badan secara signifikan dengan hanya bersenam.

KENAPA? Kenapa DIET mampu memberi kesan signifikan pada penurunan berat badan?

Kerana diet mengawal jumlah kalori yang banyak berbanding senaman. 
Contoh:

Kalori masuk: 2000kcal
Kalori yang terbakar semasa bersenam : 500kcal
Nisbah : 2000:500 atau 4:1 atau 80:20 atau 80% berbanding 20%

Dalam kata lain, diet mengawal 80% jumlah kalori berbanding 20% untuk senaman. Kalau diet tak terkawal, memang sukar untuk pastikan jumlah kalori masuk tidak melebihi kalori yang keluar.

Daripada kita memfokuskan usaha kita untuk mendapatkan nombor tertentu pada alat penimbang, Saya menggalakkan anda untuk fokus pada tabiat pemakanan iaitu pengambilan makanan bernutrisi dan semaikan tabiat bersenam dalam kehidupan seharian. Berat badan, bersama-sama dengan kebaikan kesihatan yang lain, akan turut sama.

Wednesday, 19 June 2013

KENAPA LELAKI KURUS TETAP BERPERUT BOROI?




Jangan salahkan wanita jika mereka terlebih dulu melihat perut anda kemudian baru melihat wajah anda. Jika wanita mempunyai 'aset' untuk dijaga, anda juga tidak terlepas. Jangan ambil mudah apabila perut mula naik kerana ada kajian perubatan mendapati, jumlah lemak pada perut boleh menyumbang kepada beberapa penyakit.

PUNCA

Terlebih makan dan corak pemakanan yang salah boleh menyumbang kepada lebihan berat badan sekaligus punca perut buncit. Hirisan daging dari burger dan stik panas, hirisan keju yang cair meleleh dan makanan segera yang lazat mengandungi banyak lemak tepu yang menjadi punca lemak 'membiak' dengan aktif. Jika anda kurang bersenam dan usia pula semakin meningkat, tahap metabolisma akan menjadi perlahan dan memudahkan lemak berkumpul di perut.

Ada sesetengah lelaki cenderung untuk boroi kerana disebabkan genetik. Jika ibu bapa atau datuk nenek anda mempunyai saiz perut yang gemuk, anda mungkin akan mengalaminya. Sebaliknya, jika anda pandai mengawal berat badan, anda mungkin tidak akan digelar lelaki perut buncit seperti mereka.

Berbanding wanita, lelaki lebih cenderung buncit. Hormon seks dan hormon tekanan pada lelaki boleh menyumbang kepada penyimpanan lemak pada perut. Berbeza wanita, mereka cenderung buncit disebabkan putus haid dan hormon yang hadir ketika haid.

TABIAT

Apabila anda tidak makan, anda akan makan dalam kuantiti yang banyak kelak. Lebih baik anda ambil makanan dalam porsi yang kecil tetapi kerap. Menurut pakar pemakanan sihat, Jivesh Shetty, anda perlu menipu badan dengan hidangan yang kecil tetapi kerap untuk mengekalkan kadar metabolisma yang sentiasa tinggi. Bukannya merasa lapar dan makan dengan lahap seterusnya untuk balas dendam.

Gemar mengambil makanan yang konon-kononnya tidak mengandungi gula seperti yogurt, snek rendah lemak atau air soda tanpa pemanis tidak akan membantu anda untuk tidak buncit. Sebenarnya, pemanis tiruan ini mencetuskan metabolisma anda untuk menambah lemak.

RAJIN

Kaedah liposuction, pil diet dan diet melampau perlu dielakkan. Meskipun kadang-kadang ia memberi kesan tetapi ia untuk kesan sementara saja malah memberi kesan sampingan. Sanggupkah anda melakukan liposuction atau sedut lemak yang boleh mendatangkan kecederaan dalaman? Manakala pil diet pula memberi kesan kepada sistem saraf dan tidak semua produk itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kami tahu ada sesetengah berpersepsi boroi itu seksi! Tapi perlu diingatkan bahawa kandungan lemak dalam perut boleh menyebabkan penyakit seperti kanser, strok, diabetis, kolesterol tinggi dan lemah aktiviti seks. Langkah elak perut boroi adalah semudah 1, 2, 3.

Pertama, kawal pemakanan. Kedua, rajin bersenam dan ketiga banyakkan makanan organik. Nickname boroi tak sedap. Tukarkan kepada jejaka six pack!..

Kepada sesiapa yang masalah perut buncit, berminat untuk menurunkan berat badan, berminat nak jadi kurus, nak tahu baganaimana cara untuk kurus/tak buncit, boleh call/sms/whatsapp kami untuk mendapatkan ALSDII.

Tuesday, 21 May 2013

LELAKI BOROI SELEPAS BERKAHWIN...???



Banyak lelaki mengalami kegemukan selepas berkahwin kerana peningkatan usia dan rutin kehidupan yang jauh berbeza dengan zaman bujang. Jika zaman bujang makan dan pakai tiada siapa yang menguruskan. Namun bila sudah berkahwin semuanya diurus rapi dan yang paling istimewa adalah layanan istimewa iaitu belaian manja seorang isteri. Sebab itu sering kita dengar seloroh kaum suami "kalau tahu begini seronoknya berkahwin, umur 12 tahun dah cari jodoh".

Bagi pasangan yang tahu menjalankan tanggungjawab dan mematuhi garis panduan Islam merasakan perkahwinan yang dibina sungguh indah dan harmoni. Menjadikan pasangan suami isteri bertambah intim kerana keduanya saling melengkapi antara satu sama lain. Diserikan lagi bila isteri disahkan mengandung. Sekaligus menambahkan lagi keceriaan berumahtangga. 

Namun yang lucunya, bila isteri hamil 5 bulan, suami turut kelihatan seperti hamil 5 bulan. Paling ketara membesar boroi ialah perutnya yang maju kedepan. Masalah ini antara perkara normal yang selalu kita lihat selepas lelaki berkahwin. Ada juga yang mengatakan lambang dan tanda kebahagiaan rumahtangga boleh dilihat dari perut si suami. Namun, hakikatnya ia penyebab kepada penyakit selain menjejaskan penampilan yang mana dahulunya segak dan sasa.

Turunkan berat badan tuan/puan dengan Alpha Lipid SDII. Penurunan adalah pasti, 1 tin ALSDII seminggu bersamaan 3 kg setiap minggu adalah pasti sekiranya mengamalkan diet yang betul. ALSDII adalan produk penurunan berat badan yang berkesan, produk pelangsingan badan yang terpantas, pengurangan berat yang maksimum, menjimatkan dan dijamin akan memuaskan hati anda. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk menurunkan berat badan, berminat nak jadi kurus, nak tahu baganaimana cara untuk kurus, boleh call/SMS/Whatsapp 017-6348590 (Khairul) untuk mendapatkan ALSDII.

Tuesday, 14 May 2013

FUNGSI APPLE CIDER KETIKA DIET ALSDII



Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga merupakan salah satu makanan paling alkali dimana ia dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka membantu mempercepatkan metabolisma badan untuk menyingkir lemak2 terkumpul pada badan anda. Cuba mengambil ALSDII dengan apple cider vinegar dan ketostix anda menjadi pink dengan cepat.

CARA GUNA: 1 sudu kecil APPLE CIDER boleh campur dalam 2 scoop ALSDII setiap kali minum.

Mengapa APPLE CIDER digalakkan untuk dicampur dlm ALSDII semasa tempoh berdiet? Apakah kebaikan dan fungsi apple cider?

  1. Merangsang pemecahan lemak.
  2. Melancarkan perjalanan darah.
  3. Menguatkan tenaga dalaman.
  4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak.
  5. Melawaskan usus besar dan kecil.
  6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer.
  7. Masalah kulit seperti jerawat.
  8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak.
  9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu.
  10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik).
  11. Melembapkan dan mengencangkan kulit.
  12. Mencegah dan mengawal selulit.
  13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha.
  14. Meredakan sakit dan sengal sendi.
  15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah.
  16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah.
  17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru.
  18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang.
  19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah.
  20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal.
  21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

MINUM AIR BANYAK KETIKA DIET ALSDII



Boleh dikatakan nutrien yang paling penting dalam diet kita, iaitu air membentuk sekurang-kurangnya 60% daripada komposisi badan kita. Kehilangan hanya 2% daripada air dalam badan boleh mengurangkan tumpuan, fokus dan memperlahankan tindak balas. Perubahan dalam proses metabolik dan pemecahan lemak yang tersimpan semasa Program Pengurusan Berat ALSDII meningkatkan keperluan air untuk kita.

Ia adalah penting untuk mengambil sekurang-kurangnya 2.0 liter air setiap hari semasa mengikuti Program Pengurusan Berat ALSDII, lebih jika anda bersenam atau berada pada cuaca yang panas. Teh herba tanpa gula termasuk teh hijau boleh dikira sebagai sebahagian daripada jumlah pengambilan air anda.

KENAPA AIR TERLALU PENTING KEPADA TUBUH MANUSIA?

Otot manusia mengandungi 75% air
Tulang mausia mengandungi 22% air
Darah manusia mengandingi 83% air
Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
Air melembabkan udara dalam paru-paru
Air meningkatkan kadar metabolisma
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
Air melindungi dan melembabkan rawan

APA YANG BERLAKU SEKIRANYA KITA KEKURANGAN AIR?

Tubuh selalu kepenatan
Sakit kepala yang kerap atau migrain
Sembelit
Ketegangan otot
Tekanan darah yang tidak seimbang
Masalah buah pinggang
Kulit kering
Risiko Kematian


APA ITU COLOSTRUM..???


Colostrum adalah 'makanan utama semula jadi' yang sebenar. Ia adalah bendalir susu awalan yang mana semua mamalia betina memberikan kepada bayi yang baru lahir pada beberapa hari pertama selepas kelahiran.

Colostrum adalah kompleks koktail tertinggi untuk kepentingan imun dan factor pembesaran yang diperlukan oleh bayi untuk melindungi dirinya daripada pendedahan jangkitan penyakit, dan membantu dengan pembangunan kelahiran baru kuat dan orang dewasa yang sihat.

Bayi manusia memperolehi keimunan mereka semasa didalam rahim sebelum kelahiran, menerima factor imun melalui plasenta. Penyusuan ibu akan memberi perlindungan tambahan, dimana menerangkan mengapa menyusukan bayi secara umumnya lebih sihat daripada semua penyusuan melalui botol susu.

Lembu-lembu mesti membekalkan keimunan dan factor tumbesaran kepada anak-anak lembu didalam colostrum seperti mana mereka tidak menerima apa-apa semasa didalam rahim. ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan bahawa colostrum lembu-lembu mengandungi lebih dua kali faktor keimunan daripada colostrum manusia.

Kerana colostrum adalah bukan spesies khusus, ia ternyata boleh memberi kelebihan kepada semua mamalia yang lain, termasuklah manusia.

Selama berabad colostrum yang diambil daripada haiwan telah digunakan oleh kanak-kanak dan dewasa.

Masyarakat India telah menggunakannya sebagai tradisi remedi selama beratus tahun. Kajian selama dua dekad yang lalu telah membuktikan bahawa bovine (lembu) colostrum adalah salah satu makanan tambahan semula jadi yang paling berkesan boleh didapati untuk menyokong sistem keimunan. Ia juga dikenali dengan baik untuk penambahan pembaikan tisu.

Satu bahan kompleks, colostrum mempunyai banyak komponen, dimana semua mempunyai tujuan yang spesifik dan bertindak. Bersama ia mencipta 'makanan hebat' yang baru dimana boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

Catatan: New Image colostrum dipeolehi daripada pastura makanan lebu, dimana hanya meragut pada peticide, hormon, antibiotic, dan BSE ladang bebas, di New Zealand.

KURANG@ELAKKAN PENGAMBILAN NASI KETIKA DIET ALSDII


Anda mungkin tertanya-tanya kenapakah dalam hampir semua diet yang disarankan oleh doktor, pakar pemakanan dan juga oleh mereka yang pernah berdiet, mereka semua akan memberitahu anda untuk mengurangkan pengambilan nasi atau kalau boleh, terus tinggalkan nasi yang kita dari kecil sudah mula makan dan ianya sudah menjadi sebahagian dari kehidupan yang kita rasa amat sukar atau mustahil untuk kita tinggalkan.

Pada saya MUDAH sahaja kenapa kita perlu kurangkan pengambilan nasi. Perhatikan sahaja kandungan nutrisi semangkuk nasi di atas. Ini kandungan semangkuk sahaja ya. Biasanya kita akan ambil lebih dari semangkuk. Katakanlah semangkuk sekali makan dan kita makan nasi 3 kali sehari dan ini bermakna kita ambil 3 mangkuk dan oleh itu kandungan nutrisi nasi di atas anda perlu kalikan dengan tiga.

Kalau kita makan dua mangkuk sekali makan (makan bertambah) maka anda perlulah kalikan dengan enam, kandungan nutrisi nasi di atas ini.

Sekali kita makan semangkuk nasi, kandugan kalorinya 204kcal ,karbohidratnya 44gram dan sodium(garam) 577 gram.

Kandungan kalori merupakan 10% daripada kehendak kalori harian kita berdasarkan kehendak harian kalori 2,000 kcal. Sesetengah pihak pula mengatakan kita cuma perlu 1,800 kcal sahaja jika kita sekadar bekerja di pejabat yang tidak memerlukan tenaga yang tinggi dan ini bermakna semangkuk sudah 11.33% dari keperluan harian kita.

Berdasarkan kehendak harian kalori 2,000 kcal jika kita makan 6 mangkuk nasi kita sudah memenuhi 60% dari kehendak kalori harian kita. Belum 100% lagikan? Tapi ini baru nasi. Belum kita campur dengan lauk-lauk kita yang banyak minyak, itu belum kita campurkan lagi dari minuman-minuman kita.

Nasi juga mengandungi karbohidrat yang tinggi iaitu 44 gram semangkuk. Itulah sebabnya nasi antara yang patut anda elakkan semasa berdiet dengan SDII dan Alpha Lipid SDII kerana dalam diet ini kita perlu kurangkan pengambilan diet serendah 35 gram sahaja sehari.Ada sebabnya kenapa kerana biasanya badan kita menggunakan karbohidrat dari nasi dan makanan lain yang kita makan itu sebagai tenaga. Masalahnya ialah selalunya jumlah karbohidrat yang kita ambil itu lebih daripada yang badan kita perlukan. Apabila karbohidrat yang kita ambil lebih banyak dari yang diperlukan badan kita, ada lebihan karbohidrat dalam badan kita.

LEBIHAN KARBOHIDRAT dalam badan akan DITUKAR ke LEMAK.

Apabila kita kurangkan pengambilan karbohidrat dalam badan kita, maka karbohidrat yang kita ambil kurang daripada yang diperlukan badan kita. Apabila situasi ini berlaku, proses KITOSIS akan berlaku dimana badan kita akan mula membakar lemak dalam badan kita untuk mendapatkan tenaga. SD2 dan Alpha Lipid SDII akan membantu kita untuk mempecepatkan pembakaran lemak ini.

KHASIAT TELUR KETIKA DIET ALSDII


Telur mengandungi nutrisi yang lengkap dan seringkali dipanggil sebagai makanan yang cukup sempurna lebih-lebih lagi untuk pengamal diet SD2. Sebiji telur mengandungi 70 kalori, 6 gram protien, kurang dari 1 gram karbohidrat, 4.5 gram lemak dan kaya dengan vitamin dan minerals. Sebenarnya, satu-satunya bahan yang tidak ada langsung didalam telur hanyalah Vitamin C.

Sebiji telur juga mengandungi 215 milligram kolesterol. Namun begitu kolesterol yang dimakan tidak semestinya terus menjadi kolesterol didalam darah manusia. Kebanyakan kolesterol yang ada didalam darah manusia adalah dibentuk oleh badan kita sendiri dan bukan dari apa yang kita makan. Jumlah kolesterol yang terbentuk oleh badan kita adalah kerana faktor berat badan dan juga keturunan. Sekiranya anda menjaga kandungan karbohidrat yang rendah didalam badan anda apabila menjalani program diet SD2, maka kolesterol didalam telur tidak akan mengakibatkan apa-apa risiko kesihatan kepada anda.

Ada beberapa sebab yang baik kenapa pemakanan telur sudah meningkat. Kajian telah menunjukkan bahawa makanan yang berkolesterol tinggi seperti kuning telur adalah bukan sebab sebenar kandungan kolesterol didalam darah meningkat. Satu kajian yang telah dibuat oleh penyelidik di Michigan State University menunjukkan bahawa orang yang memakan 4 biji telur atau lebih seminggu mempunyai kandungan kolesterol yang lebih rendah daripada orang yang tidak memakan telur langsung. Orang yang memakan banyak telur mendapat nutrisi makanan yang lengkap kecuali Vitamin B6 dan fiber jika dibandingkan dengan orang yang tidak kerap memakan telur.

Kuning telur juga adalah sumber nutrisi yang kaya. Ia adalah diantara satu-satunya makanan yang membekalkan Vitamin D dan juga membekalkan riboflavin, folate, vitamin A dan selenium yang secukupnya. Adalah lebih bermakna untuk melengkapkan pemakanan kita dengan sumber pemakanan yang cukup dengan kuning telur ini daripada hanya memakan putih telur atau kolesterol-free egg subsitute. Produk gantian telur ini sebenarnya adalah putih telur dengan campuran bahan pewarna (untuk meniru warna kuning telur), perisa tiruan, rempah, vitamin dan mineral (untuk mengganti dari apa yang terdapat pada kuning telur), agen dan stabilizer makanan.

Ingatlah, selagi kita tetap mengambil dan menjaga kandungan karbohidrat yang rendah dari makanan kita, kita boleh mengambil lemak yang sihat seperti telur termasuk kuning telur disamping ia tetap merendahkan kandungan kolesterol didalam darah kita.

AMALKAN SENAMAN KETIKA DIET ALSDII



Senaman adalah bahagian penting mana-mana rejim penurunan berat badan dan pengurusan berat badan sepanjang hayat. Senaman yang kerap juga membantu dengan mengurangkan rintangan insulin, mengekalkan paras normal gula dalam darah, membina jisim otot, mengekalkan metabolisme anda, meningkatkan fungsi jantung, mengurangkan tahap tekanan, meningkatkan tenaga dan membuat anda rasa sihat - semua faktor yang penting untuk kesihatan yang baik dan umur yang panjang.


  1. Manfaat yang paling diperolehi adalah apabila anda menjalankan senaman 5 atau lebih kerap dalam seminggu.
  2. Matlamat selama 30 minit.
  3. Mulakan dengan bergerak untuk seberapa lama yang anda boleh.
  4. Berjalan di tempat yang rata atau berenang, sementara anda maju tambah di beberapa bukit, meningkatkan kadar dan tempoh sehingga anda mencapai 30 minit. Khusus untuk mensasarkan pembakaran lemak, cuba HIIT (High Intensity Interval Latihan). Ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis senaman, seperti berlari, berbasikal, berenang atau mendayung.
  5. Bersiap sedia.
  6. Pilih sejenis senaman dan lakukannya secepat mungkin untuk 1 minit (contohnya larian).
  7. Kemudian 1 minit pemulihan.
  8. Ulang untuk selama 10 - 20 minit.

Setiap usaha dikira - 10 cara untuk mendapatkan senaman sampingan setiap hari.


  1. Gunakan tangga berbanding eskalator atau lif - ia biasanya kurang sibuk juga!.
  2. Letakkan kereta anda jauh di hujung tempat letak kereta.
  3. Jalan ke meja rakan sekerja anda dan bukannya menghantar e-mel atau menelefon mereka.
  4. Melakukan kerja-kerja rumah sambil mendengar muzik kegemaran anda dengan melakukan beberapa gerak tari ketika membersih.
  5. Gunakan pencetak jauh dari meja anda - lebih baik, di tingkat yang berbeza.
  6. Menggalakkan rakan sekerja anda untuk bermesyuarat sambil berjalan.
  7. Hanya 2 beg dari kedai runcit? Angkatnya dengan tangan tanpa menggunakan troli ke kereta anda.
  8. Berjalan pantas setiap kali anda berjalan di dalam rumah.
  9. Lihat berapa banyak kali anda boleh mencangkung sambil berbicara di telefon bimbit atau tanpa kord.
  10. Bergerak semasa waktu iklan TV - menyiram tumbuh-tumbuhan, membuat makan tengahari anda, menyediakan beg gimnasium anda untuk keesokkan hari, anda dapat bersenam serta menguruskan kerja anda sekaligus.

MENGAPA TIDAK BOLEH MAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA DIET ALSDII...??


Terdapat beberapa pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan konsep makan buah-buahan semasa melakukan diet ALPHA LIPID SDII. Masih ada yang mengatakan boleh makan buah-buahan tertentu dan tidak boleh memakan buah-buahan yang lain. Oleh yang demikian pengamal ALPHA LIPID SDII sendiri mesti faham kenapa sebenarnya kita tidak digalakkanuntuk memakan buah-buahan tersebut.

Walaupun kebanyakan buah-buahan adalah didalam kategori karbohidrat yang baik, namun begitu buah-buahan adalah makanan yang mengandungi kandungan gula terbanyak dibandingkan dengan semua jenis makanan yang lain dan ini akan menghalang penurunan berat badan dan pembakaran lemak.

Didalam fasa penurunan berat badan, karbohidrat yang boleh diambil hanyalah diantara 20 – 35 gram sehari untuk badan kita supaya masih boleh membakar lemak dibadan. Karbohidrat didalam buah-buahan adalah terlalu tinggi untuk tahap yang dibenarkan ini.

Mari kita lihat secara secara terperinci kandungan karbohidrat didalam beberapa jenis buah-buahan sebagai contoh:-

Jenis Buah Hidangan Kandungan Karbohidrat (gram)

Apple Hijau 1 (sederhana) 9.1 g
Apple Merah 1 (kecil) 13.1 g
Pisang 1 (keci) 22.9 g
Jambu (Guava) 1 (kecil) 20 g
Oren 1 (kecil) 10.4 g
Starfruit 1 (kecil) 10 g
Durian 1 (ulas) 27.9 g
Rambutan 4 – 5 (biji) 13.9 g
Anggur 8 (biji) 16.3 g
Betik 1 potong (kecil) 7.1 g
Tembikai 1 potong (kecil) 6 g
Avocado 1 (sederhana) 0.5 g

Source: New Image - Rapid Weight Loss Made Easy

Jika anda yakin bahawa buah-buahan yang anda makan tidak melebihi 35 gram sehari seperti memakan buah avocado, maka anda boleh makan buah-buahan tersebut. Jika tidak, adalah lebih selamat jika anda tidak menyentuh buahan-buahan tersebut untuk menjamin bahawa anda masih boleh membakar lemak tersimpan. Anda harus bertanggungjawab tentang apa yang anda makan dan tidak hanya mengambil cadangan atau pendapat tertentu tanpa memahami sebab yang sebenar.

OBESITI


KETAGIHAN GULA

Tubuh manusia mudah menjadi ketagih terhadap pelbagai jenis bahan dan molekul kimia seperti alkohol, kafein, garam dan gula. Otak manusia mempunyai sejenis memori yang mengesan bahan kimia.

Apabila lidah merasa bahan kimia tersebut, otak akan membuat rakaman memori itu. Apabila tidak mendapat bahan tersebut, otak akan ‘meminta’ sehingga akhirnya ketagihan berlaku sehingga akhirnya mengganggu sistem tubuh kita.

Ketagihan gula menyebabkan perubahan struktur dalaman dalam darah sehingga menyukarkan pembakaran lemak secara efektif. Akibatnya tubuh kita cenderung mengumpulkan lemak. Seseorang yang ketagihan gula cenderung untuk minum minuman manis beberapa kali sehari.

Kita juga cepat lapar dan mudah letih. Bila mengambil minuman manis dia berasa seolah-olah bertenaga. Namun perasaan itu tidak kekal lama. Dalam tempoh beberapa jam dia teringin minuman manis semula. Dengan erti kata lain perasaan letih dan lapar yang dialaminya merupakan satu ketagihan.

Meskipun banyak gula diambil, paras gula dalam darah sentiasa rendah (hypoglycaemia). Tubuh begitu cepat menukarkan gula kepada lemak. Kadar tindak balas kimia dalam darah begitu cepat sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak baik.

Pada peringkat awal golongan ini menganggap diri mereka sihat kerana doktor memberitahu mereka tidak mengidap kencing manis. Mereka sering berkata ‘tak apa gemuk asalkan saya sihat’. Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan terkejut apabila disahkan mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain seperti jantung. Tubuh pula semakin letih tidak bermaya.

Jelaslah obesiti dan paras gula yang rendah pada awalnya merupakan suatu petanda buruk dan permulaan kepada bahaya-bahaya lain yang bakal menimpa.

KENAPA BEGINI...??

Metabolisme rendah mengundang keletihan, jantung berdebar-debar dan mood yang tidak stabil. Ramai yang pergi berjumpa doktor kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh mereka. Tetapi doktor gagal mengesan masalahnya kerana pemeriksaan pada darahnya adalah normal.

Antara pemeriksaan yang dibuat adalah paras gula, paras kolesterol dan tekanan darah. Doktor memberitahu supaya berdiet dan melakukan senaman. Itu sahaja.

Mereka yang mengalami masalah ini pasti tertanya-tanya, jika mereka sihat mengapa berasa letih. Hati meronta-ronta mahu membuat senaman dan menjalani gaya hidup aktif tapi tubuh tidak mahu bergerak.

APAKAH SEBENAR YANG BERLAKU...??

Apabila kita makan banyak makanan berkarbohidrat dan bergula tinggi paras gula dalam tubuh kita meningkat. Insulin iaitu hormon yang mengawal kestabilan paras gula dalam tubuh juga akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak insulin maka paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Lama kelamaan tubuh kita tidak lagi sensitif kepada insulin.

Maka insulin mula terhasil dengan semakin banyak mula memberikan kesan negatif. Paras insulin yang tidak menentu menyebabkan paras gula tidak stabil. Apabila gula terlalu rendah seseorang mula berasa gelisah, resah, berdebar-debar dan moodnya tertekan dan akan sering kelesuan.

KITARAN YANG BERBAYAHA

Tubuhnya yang lemah akan memberi signal berterusan kepada otak bahawa ia kurang tenaga. Akibatnya mereka akan mengambil makanan manis bagi meningkatkan paras tenaga. Keletihan dan kurang tenaga disalah tafsir oleh otak sebagai lapar. Fenomena ini menjadi suatu kitaran yang berbahaya kerana lama kelamaan tubuh akan menjadi bertambah gemuk serta mengundang pelbagai penyakit kronik.

Apabila tubuh tidak lagi sensitif terhadap insulin maka kitaran hormon dalam tubuh kita akan menjadi kelam kabut. Hormon adrenal seperti ACTH akan keluar dengan banyak menyebabkan lemak berkumpul pada belakang tengkuk dan belakang badan kita.

Badan akan mengembang menjadi bertambah lebar dan semakin besar. Bahagian dari pinggang ke atas tampak besar longgar dan menggeleber. Usaha bersenam dan berdiet adalah sia-sia kerana lemak seperti ini tidak boleh dipulihkan dengan diet. Sebaliknya ia hanya boleh dipulihkan dengan pemulihan sistem hormon tubuh kita.

Pemulihan semula memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan perubahan dalam cara makan, pemilihan makanan dan aktiviti seharian.

SIAPAKAH YANG TERGOLONG DALAM OBESITI..??


  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal.
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya.
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI).
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis).
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Jika anda benar-benar ingin keluar dari kumpulan obesiti ini, sekaranglah masanya. Dengan produk ALSDII yang sangat berkesan dan selamat ni, anda tak perlu susah dan takut lagi. Segala guide akan kami berikan hingga anda boleh keluar dari kumpulan obesiti ini...

PERBEZAAN ALPHA LIPID DAN SUSU IgG


Ramai yang bertanyakan soalan ini, yang jelasnya Susu IgG tidak kira dari syarikat manapun, merupakan susu yang baik dan ia mampu membantu meningkatkan antibodi dan kesihatan diri. Mungkin anda sendiri pernah rasa kehebatan susu IgG.

Fakta yang anda tidak tahu kandungan IgG didalam susu IgG mereka hanya dalam kadar 10% hingga 12% sahaja. Dan oleh kerana susu IgG mereka tidak disaluti dengan Complex Lipid (Patented) maka penyerapan khasiat kedalam tubuh hanya 20% dan selebihnya 80% akan dikeluarkan dalam proses perkumuhan.

Alpha Lipid pula mengandungi 41% kandungan IgG dan ia merupakan gred 10 (gred yang terbaik didunia), oleh kerana ia disaluti Complex Lipid maka penyerapan khasiat ke dalam tubuh adalah 80% dan selebihnya 20%akan dikeluarkan dalam proses perkumuhan. Maka disini dapat kita lihat Alpha Lipid adalah lebih nilai untuk wang kita.

SEJARAH COLOSTRUM


Pada awal abad ke 20 ia dinyatakan bahawa tahap antibody dalam susu pertama yang dihasilkan selepas kelahiran (colostrum) adalah lebih tinggi daripada susu yang dihasilkan selepas 72 jam.

ianya telah diketahui bahawa antibody itu mengandungi beberapa ciri-ciri yang ditingkatkan perlindungan. Sebelum pembangunan dadah sulfur dan antibiotic, colostrum telah digunakan untuk ciri-ciri semula jadi yang mengandungi antibiotik. 

Seorang doktor, Albert Sabin seorang yang telah dikreditkan dengan membangunkan vaksin polio pertama, telah membela penggunaan colostrum dan fakta pada asalnya terpencil anti-polio antibody yang pertama daripada bovine colostrum. 

Lebih kurang 40 tahun kemudian Campbell dan Peterson, menggunakan teori perlindungan vaksin orthodox, membangunkan program dimana lembu-lembu di imunisasikan dengan campuran melemahkan pathogen sebelum kelahiran anak lembu. 

Colostrum diambil daripada haiwan-haiwan ini telah dirujuk sebagai keimunan atau colostrum keimunan tinggi. 

Kajian dimana telah dijalankan menggunakan susu keimunan tinggi menunjukkan ia menjadi secara profilaktik dan secara terapeutik berjaya dalam pencegahan dan mampu merawat pathogen yang disebabkan oleh jangkitan dalam saluran usus, meliputi E.coli, rotavirus bayi, Cryptococcidiosis, cirit-birit dalam AIDS dan pesakit immunodeficient yang lain, Pembentukan gigi cariedan pelbagai jenis keadaan lain. 

Pada 1992 Kummer adalah yang pertama menunjukkan bahawa colostrum daripada ketidakimunan lembu-lembu boleh menghalang penyakit gastrointestinal pada bayi. Pada 1998 McConnell dan rakan kolej di Otago Universiti, New Zealand, bersempena dengan New Zealand Dairy Group menunjukkan bahawa ia adalah mungkin untuk mengeluarkan colostrum daripada makanan pastura, ketidakimunan lembu-lembu dimana menunjukkan volume antibodi yang lebih baik dan kegiatan dari hyperimmunised setara. 

New Zealand Dairy Industry melopori perdagangan pertama sistem pengumpulan colostrum. Beratus daripada peladang dairy dengan lebih daripada 400 lembu dilaburkan dalam stainless stell berasingan dan syarikat memperkembangkan dengan cara yang mana untuk mengumpul, pasteurise, kering dan menyimpan colostrum dalam kuatiti yang besar. New Image International melopori pemasaran colostrum dengan mencipta produk daripada kumpulan pertama yang diberi nama LIFELINE.