Showing posts with label ALPHA LIPID SDII. Show all posts
Showing posts with label ALPHA LIPID SDII. Show all posts

Thursday, 27 June 2013

PREPARING A DRINK OF "ALPHA LIPID SDII"



Cara-cara penyediaan “Alpha Lipid SDII” 

Langkah 1 – masukkakn air mineral sejuk sebanyak 250ml dan 2 scoop penuh “Alpha Lipid SDII” ke dlm shaker

Langkah 2 – goncangkan secara melintang/sisi supaya sebati semua kandungan

Langkah 3 – sudah sedia untuk diminum..yummy!!!

Peringatan!!!
Pastikan anda mengambilnya 4 kali sehari dan jumlah pengambilannya untuk sehari adalah 8 scoop...

Monday, 3 June 2013

APA YANG BOLEH & TIDAK...???

Apa yang BOLEH makan & TIDAK boleh makan ketika diet ALSDII..???

PERHATIAN!!!!

  1. Anda tidak boleh mengambil lebih 35gram net karbohidrat dalam sehari untuk badan masih membakar lemak.
  2. Kalau makan diluar, ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi.
  3. Kebanyakan chilli/tomato sauce ada kandungan gula yang tinggi, baca dulu label makanan dibelakang botol tersebut dan lihat kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.
  4. Kuat atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.
  5. Buah-buahan juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Elakkan dahulu sementara berdiet.
  6. Jangan minum minuman berkafien iaitu teh/kopi kerana kafein boleh memberhentikan proses pembakaran lemak.


Wednesday, 15 May 2013

ALPHA LIPID SDII SACHET

Alpha Lipid SDII sachet merupakan langkah terbaik untuk memudahkan pengguna menggunakan produk ini dengan lebih teratur dan disiplin. Oleh itu, tiada lagi alasan untuk anda meninggalkan aturan diet bersama ALSDII dengan pek diet mudah ini.


KEBAIKAN ALPHA LIPID SDII SACHET

  1. Lebih mudah di urus - pek yang mudah dibawa dan tiada alasan sukar nak bawa stok kemana-mana. Advantage bagi yang bekerja, tak perlu bawa tin ke tempat kerja.
  2. Lebih Hygeine - anda hanya perlu membuka sachet setiap kali anda ingin minum.
  3. Lebih efektif - lebih tepat kuantiti pengambilan berbanding menggunakan sudu.
  4. Tidak mudah berlaku kontaminasi berbanding dari dalam tin, misalnya percikan air atau tangan yang basah ketika memegang sudu boleh menyebabkan pencemaran yang kita sendiri tidak sedar.
  5. Mudah untuk membuat budget - hanya dengan kira bilangan sachet yang tinggal dan anda perlu membuat pembelian stok yang baru. Oleh itu, tiada lagi masalah terputus dalam pengambilan ALSDII.


Thursday, 2 May 2013

RANCANG DIARI PEMAKANAN UNTUK MEMBANTU ANDA BERDIET DENGAN BETUL



Sekiranya anda ingin mendapat kesan yang terbaik untuk turunkan berat badan, buatlah diari pemakanan pada minggu pertama anda berdiet. Ini bertujuan untuk membantu anda berdiet dengan betul dan supaya anda lebih faham jenis-jenis makanan yang anda boleh makan.

BERIKUT MERUPAKAN 10 RUTIN PENTING HARIAN KETIKA DIET ALSD2 

1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN.
Makan 3 kali sehari dengan saiz sederhana atau 4 atau 5 kali dengan saiz yang kecil.

2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA BERJAGA.
Anda juga boleh mengambil snek setiap 4 jam atau apabila anda lapar.

3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP.
Makan protien dalam bentuk lauk-pauk seperti ikan,daging,telur,ayam,itik,makanan laut dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dengan selesa dan bukan terlalu kenyang. Suplemenkan dengan meminum SD2 @ ALSD2 sebanyak 2 scoop setiap kali sebanyak 4 kali sehari.

4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35gm KARBOHIDRAT SETIAP HARI.
Pada fasa induksi atau 2 minggu pertama, anda boleh bermula dengan 20gram karbohidrat setiap hari. Kemudian pada fasa selanjutnya,anda boleh mengambil sehingga 35gram karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai kadar karbohidrat yang kritikal untuk membakar lemak dan pastikan kadar yang sesuai untuk tubuh anda jika pembakaran lemak masih belum lancar. Sebenarnya,35gram karbohidrat itu sudah terkandung dalam karbohidrat yang ada dalam sayuran hijau yang kita makan.Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan ianya tidak melebihi had 35gram karbohidrat setiap hari.

5. ELAKKAN DARIPADA MEMAKAN SEMUA JENIS BUAH-BUAHAN,ROTI,PASTA,BIJIRIN,SAYURAN BERKANJI,KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET.

6. MINUM SEKURANG-KURANGNYA 2 LITER (8 GELAS) AIR MINERAL ATAU LEBIH SETIAP HARI.

7. HINDARI MINUMAN BERGULA DAN BERKAFEIN SEPERTI KOPI,TEH,MINUMAN RINGAN DAN YANG BERGAS.

8. KIRA SETIAP PAKET PEMANIS TIRUAN SEBAGAI 1gram KARBOHIDRAT.
Gunalah sucralose (splenda),saccharin (sweet 'n low)acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu.Stevia adalah organik dan semulajadi.

9. APABILA MAKAN DILUAR,MAKA BERHATI-HATILAH DENGAN KARBOHIDRAT YANG TERSEMBUNYI.
Tepung gandum,tepung jagung dan gula intipati didalam kuah (gravies),sos dan dressings.

10. BACA LABEL PEMAKANAN.
Pastikan anda membaca label pemakanan yang terdapat pada bungkusan atau botol untuk memastikan kuantiti karbohidrat yang terkandung dalam makanan

MAKAN!!!



Pernahkah anda menyoal berulang kali mengapa kita mempunyai begitu banyak makanan diet, kita sebenarnya semakin gemuk, bukan kurus? Ternyata, ia sedikit lebih kepada pengurusan berat badan selain dari mengira kalori.

Makanan yang kita makan mencetuskan pelbagai tindak balas di dalam badan kita. Makanan yang tinggi dalam karbohidrat ditapis atau gulanya dipecahkan kepada gula ringkas yang dipanggil glukosa dan diserap ke dalam darah dengan cepat. Badan bertindak balas kepada peningkatan glukosa darah ini, dengan melepaskan insulin yang cukup untuk mengeluarkan glukosa daripada darah dan memasukkannya ke dalam sel untuk tenaga, atau menyimpan untuk kegunaan kemudian. Cuba teka dalam bentuk apa ianya sering disimpan? Ya betul, lemak!

Untuk membantu dengan matlamat pengurusan berat badan anda, anda perlu belajar jenis makanan yang perlu dibuang dari diet, dan yang mana perlu dimasukkan.
Program Pengurusan Berat Badan ALSDII tidak mengira kalori, sebaliknya ia akan mengajar anda untuk mengenal pasti dan menyertakan makanan yang berkualiti tinggi dalam kehidupan seharian anda yang akan membentuk asas kesihatan anda yang berterusan serta pengurusan berat badan yang sihat

Apakah Kelebihan Program Diet Alpha Lipid SD2 Berbanding Program Lain?


  • Alpha Lipid SD2 selamat dan berkesan kerana bersumberkan pemakanan alam semulajadi (protien soya yang berkualiti tinggi) dan pembakaran lemak berlaku secara semulajadi tanpa anda sedari.
  • Program pelangsingan badan yang pertama yang mengamalkan teknik diet karbohidrat rendah.
  • Berdasarkan jumlah jualan di Asia Pasifik sahaja, Slim Diet II telah berjaya menurunkan sebanyak 6000 tan lemak diseluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran.
  • Penurunan berat badan pada kadar 250g – 500g setiap hari.
  • Pada setiap 500g lemak yang dibakar ditukar menjadi tenaga kepada 3000 kalori.

Tuesday, 30 April 2013

Cara-cara bancuhan “Alpha Lipid Slim Diet II” dengan betul..


Langkah 1 – masukkakn air mineral sejuk sebanyak 250ml dan 2 scoop penuh “Alpha Lipid Slim Diet II” ke dlm shaker

Langkah 2 & 3 – goncangkan secara melintang/sisi supaya sebati semua kandungan

Langkah 4 – sudah sedia untuk diminum..yummy!!!

Peringatan!!!
Pastikan anda mengambilnya 3 @ 4 kali sehari dan jumlah pengambilannya untuk sehari adalah 8 scoop

RAMAI YANG MERUNGUT DAN BERTANYA, KENAPA ALPHA LIPID SD2 MAHAL.

INI JAWAPAN SAYA: 


  • PRODUK INI BERASASKAN PROTEIN SOYA ISOLATE - NON GMO (Protein soya ISOLATE adalah protein yang TELAH diasingkan daripada kacang soya . TELAH DIASINGKAN LEMAK).
  • DIPERKAYAKAN DENGAN TAMBAHAN VITAMIN A,B,C,D,E DAN SEMUA MINERAL YANG DIPERLUKAN TUBUH. JUGA MENGANDUNGI KALSIUM UNTUK TULANG DAN GIGI.
  • TAMBAHAN SERAT/FIBER UNTUK PROSES DETOX DAN MEMUDAHKAN SISTEM PERKUMUHAN.
  • TAMBAHAN GREEN TEA UNTUK MEMBERI KESAN THERMOGENIK-PEMBAKARAN LEMAK.
  • TAMBAHAN ALPHA LIPID FORMULA SUPAYA KESEMUA BAHAN DI ATAS DAPAT DISERAP OLEH TUBUH HAMPIR 100%.
  • PRODUK INI DIFORMULASIKAN DARI HARVARD MEDICAL SCHOOL. BERDASARKAN KEPADA DIET KETOGENIK YANG TELAH DIKAJI OLEH PAKAR PENDIETAN DAN PERUBATAN SEBAGAI SALAH SATU PROGRAM DIET YANG SELAMAT DAN MEMBANTU MENINGKATKAN METABOLISMA BADAN (INCREASE METABOLIC RATE).
  • PRODUK INI DIIMPORT TERUS DARI NEW ZEALAND , TIADA KILANG UNTUK BUAT PRE PACKING ATAU PEMBUATAN DI MALAYSIA.
  • PENURUNAN BERAT SECARA PURATA 2KG-5KG SEMINGGU. 

JADI, TERPULANG KEPADA ANDA BAGAIMANA NAK MEMBUAT PILIHAN,, KEPUTUSAN ADA DI TANGAN ANDA! ANDA PENGGUNA BIJAK, JADI PILIHAN DI TANGAN ANDA.

APAKAH ALPHA LIPID SD2?


Alpha Lipid SD2 adalah produk pelangsingan yang terkenal di New Zealand dan dipasarkan di Malaysia.

Program pelangsingan Alpha Lipid Slimdiet 2 diformulakan berdasarkan kepada konsep penyimpanan protein dan diet ketogenik yang telah dikaji secara klinikal oleh sekumpulan ahli perubatan daripada Harvard Medical Universiti dimana penyelidikan yang dilakukan didapati berjaya dan selamat.

Terbukti program ini bejaya menurunkan 6000 tan lemak diseluruh dunia dan memegang catatan di World Guiness Book Record.

Susu Alpha Lipid SD2 bukan sejenis makanan gantian tetapi ianya merupakan makanan tambahan dimana anda tidak perlu berlapar dan meninggalkan rutin harian.

Berfungsi mempercepatkan penurunan berat badan dengan efektif dan mengekalkan bentuk badan dalam jangkamasa yang panjang. Jangkamasa masa penurunan dengan cara pemakanan yang teratur mampu menurunkan berat badan 2-5kg seminggu.

FORMULA TERBARU ALPHA LIPID SD2

Alpha Lipid SD2 diasaskan dengan protein isolat yang diasingkan dari kacang soya dan membekalkan protein yang berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telor tetapi bebas dari lemak dan kolestrol.

Ia juga mengandungi ekstrak daun teh hijau, vitamin, zat galian, mineral, dan asid lemak yang diperlukan dalam jumlah yang seimbang.

Ia memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama kerana telah ditambah fiber dan membantu sistem perkumuhan selain mencuci dinding usus.

KELEBIHAN KANDUNGAN ALPHA LIPID SD2

Membantu meninggikan metabolisma dan meningkatkan penggunaan tenaga disamping membakar lemak yang berlebihan. Ianya juga mengurangkan berat badan secara semulajadi tanpa kesan negatif kerana bahan-bahan yang digunakan adalah dari kandungan zat-zat makanan yang seimbang yang tidak merbahaya untuk kesihatan.

Tambahan serat dapat membantu melawaskan sistem penghadaman dengan baik, spontan, dan memberi rasa kenyang lebih lama tanpa menahan lapar, ianya dapat mengelakkan penyakit gastrik. Formula protein yang tinggi juga dapat memperbaiki jisim otot dengan menyerapkan nutrien-nutrien dan vitamin yang lebih baik.

Setiap gelas mempunyai nutrien semulajadi yang mengurangkan risiko kanser, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dan menyingkirkan toksik dalam badan.

Alpha Lipid Slimdiet II mengandungi kolustrum yang mampu meninggikan sistem pertahanan badan dan secara semulajadi dapat membantu badan anda dalam proses pembakaran lemak.

FUNGSI ALPHA LIPID SD2

1)Tiada ketagihan kepada makanan karbohidrat dan manis dengan itu dapat mengawal kandungan gula dalam badan atau darah dengan lebih baik.

2)Merangsang tindakbalas insulin yang berkesan dan tiada keletihan ketika berdiet dan membuatkan badan lebih bertenaga tanpa perlu melakukan senaman fizikal yang berlebihan untuk mengawal kalori yang biasanya mengambil masa agak lama. Program penurunan berat badan ini juga lebih menjimatkan dimana kos per kg adalah lebih murah dan efektif.

3)Tidak akan ada masalah pengenduran pada otot atau kulit ketika proses penurunan berat badan berlaku malah akan memberikan tone kulit yang baik dan mantap.

4)Alpha Lipid Slimdiet 2 ianya satu proses penurunan berat badan yang selamat, sihat, dan efekif kerana ianya bersumber alam dalam masa yang sama merawat simpton dalam badan

BERLAPAR TIDAK AKAN MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA!!.


Tahukah anda Program Diet Lengkap Alpha Lipid SD2 memerlukan anda makan untuk menurunkan berat badan!. Jadi bagaimana ALSDII membantu?. Badan anda terdapat dua jenis sumber tenaga:

> Makanan yang anda makan
> Lemak yang anda simpan

Apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat (Gula & Kanji), badan anda akan menguraikan lemak semulajadi untuk mendapatkan tenaga. Jumlah maksima karbohidrat (gram) yang diambil untuk sehari dipanggil Critical Carbohydrate Level for Losing (CCLL). Apabila lemak diuraikan, Keton akan dihasilkan dan proses ini dipanggil Ketosis. Kehadiran Keton diuji dengan strip ujian air kencing. Keadaan kimia ini membantu pembakaran lemak dan juga mencegah kelaparan keterlaluan.

Antara kesilapan yang selalu dibuat oleh orang berdiet adalah menyangkakan berlapar akan dapat menurunkan berat badan. Anda tidak akan dapat menurunkan berat badan jika anda berlapar kerana anda akan makan lebih banyak dari biasa!
Bila anda berlapar, badan anda akan bertukar kepada mode lapar (survival mode) dan badan akan mengambil tindakan untuk menyimpan tenaga yang sedia ada dan menggunakannya secara efisyen supaya anda sentiasa mempunyai tenaga yang mencukupi semasa berlapar. Apabila berlaku begitu, metabolisma badan akan berkurangan, dengan erti kata lain tiada pembakaran lemak berlaku.

Selain daripada itu kemahuan untuk makan apabila anda berlapar akan meningkat. Contohnya apabila anda tidak mengambil sarapan, pada makan tengahari anda akan makan lebih banyak dari biasa. Secara logiknya bila ini berlaku adakah anda dapat kurangkan berat badan? makin meningkat adalah.. malah badan anda akan letih, tiada tenaga dan lesu sepanjang hari.
Oleh itu jangan lah sesekali berlapar untuk menurunkan berat badan. Ketahuilah cara yang betul jika anda ingin menurunkan berat badan.

LANGKAH MUDAH UNTUK PERMULAAN


  • Timbang berat badan sebelum start program diet.
  • Rancang diari pemakanan anda. Makan lauk sahaja, amalkan diet protein - telur, ayam, ikan, daging, seafood (kecuali sotong). Haramkan makanan berkarbohidrat-tepung, roti, biskut, bergula-buah, kek, manisan. 
  • 2scoop masuk 250 air sejuk, n shake. Minum 4 kali sehari-pagi, tghri, ptg, mlm. Pastikan minum semasa keadaan kenyang atau selepas minum terus makan. JANGAN BERLAPAR.
  • Ukur tahap pembakaran lemak dengan menggunakan Keto Sticks.
Timbang setiap hari utk lihat perkembangan