Tuesday 14 May 2013

MENGAPA ALPHA LIPID LIFELINE TIADA KELULUSAN KKM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Sejak kebelakangan ini, banyak kita mendengar pelbagai jenis ubat-ubatan yang dirampas kerana tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan itu, ramai yang bertanya adakah produk Alpha Lipid ni mendapat kelulusan? Jadi di sini, kami mahu berkongsi sebab dan musababnya.

Apakah Nombor pendaftaran KKM bagi produk Alpha Lipid Lifeline?

Produk Alpha Lipid Lifeline tidak mempunyai nonmbor pendaftaran KKM dan tidak berdaftar dengan KKM.

Mengapakah Produk Alpha Lipid Lifeline tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Oleh kerana Alpha Lipid Lifeline adalah MAKANAN KESIHATAN sama contohnya seperti MILO, ANLENE, Susu Dutch Lady maka ia tidak perlu didaftarkan di Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ini sememangnya tertakluk dibawah Akta Makanan.

Hanya ubat-ubatan beracun dan ubat tradisional MESTI didaftarkan menurut Akta Jualan Dadah 1952, dibawah kawal selia Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia. (http://www.bpfk.gov.my/)

Menurut En. Wan Hamidi (pakar farmasi dan bekas pensyarah farmasi) dimana dulu beliau pernah bertugas di BPFK, Petaling Jaya pada tahun 1998-99. Beliau ditugaskan di bahagian Penilaian Kawalan Ubat dan Pendaftaran Ubat. Jelas beliau, sememangnya Alpha Lipid Lifeline merupakan serbuk kolostrum iaitu sejenis susu awal lembu dan sudah tentu TIDAK PERLU atau TIDAK BOLEH dikategorikan ianya sebagai UBAT.

Cuma kini ramai yang menganggap ianya seperti UBAT berikutan kerana ramai yang dulunya sakit dan kini berjaya pulih dari masalah kesihatan mereka.

Beliau menyeru kepada semua para pengedar lain supaya menerangkan kepada bakal pelanggan atau prospek bahawa Alpha Lipid bukanlah berupaya sepenuhnya memulihkan pelbagai penyakit, seperti darah tinggi, kencing manis, stroke, gout, athritis, migraine, dan sebagainya. Sebaliknya ia cuma Makanan Kesihatan bernutrien lengkap yang amat berfaedah kepada manusia.

"Jangan jadikan UBAT-UBATAN sebagai Makanan Anda...Jadikan Makanan Kesihatan seperti Alpha Lipid Lifeline sebagai makanan harian anda."

0 comments:

Post a Comment