Tuesday 30 April 2013

BERLAPAR TIDAK AKAN MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA!!.


Tahukah anda Program Diet Lengkap Alpha Lipid SD2 memerlukan anda makan untuk menurunkan berat badan!. Jadi bagaimana ALSDII membantu?. Badan anda terdapat dua jenis sumber tenaga:

> Makanan yang anda makan
> Lemak yang anda simpan

Apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat (Gula & Kanji), badan anda akan menguraikan lemak semulajadi untuk mendapatkan tenaga. Jumlah maksima karbohidrat (gram) yang diambil untuk sehari dipanggil Critical Carbohydrate Level for Losing (CCLL). Apabila lemak diuraikan, Keton akan dihasilkan dan proses ini dipanggil Ketosis. Kehadiran Keton diuji dengan strip ujian air kencing. Keadaan kimia ini membantu pembakaran lemak dan juga mencegah kelaparan keterlaluan.

Antara kesilapan yang selalu dibuat oleh orang berdiet adalah menyangkakan berlapar akan dapat menurunkan berat badan. Anda tidak akan dapat menurunkan berat badan jika anda berlapar kerana anda akan makan lebih banyak dari biasa!
Bila anda berlapar, badan anda akan bertukar kepada mode lapar (survival mode) dan badan akan mengambil tindakan untuk menyimpan tenaga yang sedia ada dan menggunakannya secara efisyen supaya anda sentiasa mempunyai tenaga yang mencukupi semasa berlapar. Apabila berlaku begitu, metabolisma badan akan berkurangan, dengan erti kata lain tiada pembakaran lemak berlaku.

Selain daripada itu kemahuan untuk makan apabila anda berlapar akan meningkat. Contohnya apabila anda tidak mengambil sarapan, pada makan tengahari anda akan makan lebih banyak dari biasa. Secara logiknya bila ini berlaku adakah anda dapat kurangkan berat badan? makin meningkat adalah.. malah badan anda akan letih, tiada tenaga dan lesu sepanjang hari.
Oleh itu jangan lah sesekali berlapar untuk menurunkan berat badan. Ketahuilah cara yang betul jika anda ingin menurunkan berat badan.

0 comments:

Post a Comment