Thursday, 2 May 2013

RANCANG DIARI PEMAKANAN UNTUK MEMBANTU ANDA BERDIET DENGAN BETUL



Sekiranya anda ingin mendapat kesan yang terbaik untuk turunkan berat badan, buatlah diari pemakanan pada minggu pertama anda berdiet. Ini bertujuan untuk membantu anda berdiet dengan betul dan supaya anda lebih faham jenis-jenis makanan yang anda boleh makan.

BERIKUT MERUPAKAN 10 RUTIN PENTING HARIAN KETIKA DIET ALSD2 

1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN.
Makan 3 kali sehari dengan saiz sederhana atau 4 atau 5 kali dengan saiz yang kecil.

2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA BERJAGA.
Anda juga boleh mengambil snek setiap 4 jam atau apabila anda lapar.

3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP.
Makan protien dalam bentuk lauk-pauk seperti ikan,daging,telur,ayam,itik,makanan laut dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dengan selesa dan bukan terlalu kenyang. Suplemenkan dengan meminum SD2 @ ALSD2 sebanyak 2 scoop setiap kali sebanyak 4 kali sehari.

4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35gm KARBOHIDRAT SETIAP HARI.
Pada fasa induksi atau 2 minggu pertama, anda boleh bermula dengan 20gram karbohidrat setiap hari. Kemudian pada fasa selanjutnya,anda boleh mengambil sehingga 35gram karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai kadar karbohidrat yang kritikal untuk membakar lemak dan pastikan kadar yang sesuai untuk tubuh anda jika pembakaran lemak masih belum lancar. Sebenarnya,35gram karbohidrat itu sudah terkandung dalam karbohidrat yang ada dalam sayuran hijau yang kita makan.Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan ianya tidak melebihi had 35gram karbohidrat setiap hari.

5. ELAKKAN DARIPADA MEMAKAN SEMUA JENIS BUAH-BUAHAN,ROTI,PASTA,BIJIRIN,SAYURAN BERKANJI,KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET.

6. MINUM SEKURANG-KURANGNYA 2 LITER (8 GELAS) AIR MINERAL ATAU LEBIH SETIAP HARI.

7. HINDARI MINUMAN BERGULA DAN BERKAFEIN SEPERTI KOPI,TEH,MINUMAN RINGAN DAN YANG BERGAS.

8. KIRA SETIAP PAKET PEMANIS TIRUAN SEBAGAI 1gram KARBOHIDRAT.
Gunalah sucralose (splenda),saccharin (sweet 'n low)acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu.Stevia adalah organik dan semulajadi.

9. APABILA MAKAN DILUAR,MAKA BERHATI-HATILAH DENGAN KARBOHIDRAT YANG TERSEMBUNYI.
Tepung gandum,tepung jagung dan gula intipati didalam kuah (gravies),sos dan dressings.

10. BACA LABEL PEMAKANAN.
Pastikan anda membaca label pemakanan yang terdapat pada bungkusan atau botol untuk memastikan kuantiti karbohidrat yang terkandung dalam makanan

0 comments:

Post a Comment