Anda mungkin tertanya-tanya kenapakah dalam hampir semua diet yang disarankan oleh doktor, pakar pemakanan dan juga oleh mereka yang pernah berdiet, mereka semua akan memberitahu anda untuk mengurangkan pengambilan nasi atau kalau boleh, terus tinggalkan nasi yang kita dari kecil sudah mula makan dan ianya sudah menjadi sebahagian dari kehidupan yang kita rasa amat sukar atau mustahil untuk kita tinggalkan.
Pada saya MUDAH sahaja kenapa kita perlu kurangkan pengambilan nasi. Perhatikan sahaja kandungan nutrisi semangkuk nasi di atas. Ini kandungan semangkuk sahaja ya. Biasanya kita akan ambil lebih dari semangkuk. Katakanlah semangkuk sekali makan dan kita makan nasi 3 kali sehari dan ini bermakna kita ambil 3 mangkuk dan oleh itu kandungan nutrisi nasi di atas anda perlu kalikan dengan tiga.
Kalau kita makan dua mangkuk sekali makan (makan bertambah) maka anda perlulah kalikan dengan enam, kandungan nutrisi nasi di atas ini.
Sekali kita makan semangkuk nasi, kandugan kalorinya 204kcal ,karbohidratnya 44gram dan sodium(garam) 577 gram.
Kandungan kalori merupakan 10% daripada kehendak kalori harian kita berdasarkan kehendak harian kalori 2,000 kcal. Sesetengah pihak pula mengatakan kita cuma perlu 1,800 kcal sahaja jika kita sekadar bekerja di pejabat yang tidak memerlukan tenaga yang tinggi dan ini bermakna semangkuk sudah 11.33% dari keperluan harian kita.
Berdasarkan kehendak harian kalori 2,000 kcal jika kita makan 6 mangkuk nasi kita sudah memenuhi 60% dari kehendak kalori harian kita. Belum 100% lagikan? Tapi ini baru nasi. Belum kita campur dengan lauk-lauk kita yang banyak minyak, itu belum kita campurkan lagi dari minuman-minuman kita.
Nasi juga mengandungi karbohidrat yang tinggi iaitu 44 gram semangkuk. Itulah sebabnya nasi antara yang patut anda elakkan semasa berdiet dengan SDII dan Alpha Lipid SDII kerana dalam diet ini kita perlu kurangkan pengambilan diet serendah 35 gram sahaja sehari.Ada sebabnya kenapa kerana biasanya badan kita menggunakan karbohidrat dari nasi dan makanan lain yang kita makan itu sebagai tenaga. Masalahnya ialah selalunya jumlah karbohidrat yang kita ambil itu lebih daripada yang badan kita perlukan. Apabila karbohidrat yang kita ambil lebih banyak dari yang diperlukan badan kita, ada lebihan karbohidrat dalam badan kita.
LEBIHAN KARBOHIDRAT dalam badan akan DITUKAR ke LEMAK.
Apabila kita kurangkan pengambilan karbohidrat dalam badan kita, maka karbohidrat yang kita ambil kurang daripada yang diperlukan badan kita. Apabila situasi ini berlaku, proses KITOSIS akan berlaku dimana badan kita akan mula membakar lemak dalam badan kita untuk mendapatkan tenaga. SD2 dan Alpha Lipid SDII akan membantu kita untuk mempecepatkan pembakaran lemak ini.
0 comments:
Post a Comment