Tuesday 14 May 2013

MINUM AIR BANYAK KETIKA DIET ALSDII



Boleh dikatakan nutrien yang paling penting dalam diet kita, iaitu air membentuk sekurang-kurangnya 60% daripada komposisi badan kita. Kehilangan hanya 2% daripada air dalam badan boleh mengurangkan tumpuan, fokus dan memperlahankan tindak balas. Perubahan dalam proses metabolik dan pemecahan lemak yang tersimpan semasa Program Pengurusan Berat ALSDII meningkatkan keperluan air untuk kita.

Ia adalah penting untuk mengambil sekurang-kurangnya 2.0 liter air setiap hari semasa mengikuti Program Pengurusan Berat ALSDII, lebih jika anda bersenam atau berada pada cuaca yang panas. Teh herba tanpa gula termasuk teh hijau boleh dikira sebagai sebahagian daripada jumlah pengambilan air anda.

KENAPA AIR TERLALU PENTING KEPADA TUBUH MANUSIA?

Otot manusia mengandungi 75% air
Tulang mausia mengandungi 22% air
Darah manusia mengandingi 83% air
Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
Air melembabkan udara dalam paru-paru
Air meningkatkan kadar metabolisma
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
Air melindungi dan melembabkan rawan

APA YANG BERLAKU SEKIRANYA KITA KEKURANGAN AIR?

Tubuh selalu kepenatan
Sakit kepala yang kerap atau migrain
Sembelit
Ketegangan otot
Tekanan darah yang tidak seimbang
Masalah buah pinggang
Kulit kering
Risiko Kematian


0 comments:

Post a Comment